Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Mega Malaysia With Joe Trucker

Imej
                                               23 Tahun Bersahabat Dengan Lori    Ramai beranggapan kerjaya sebagai pemandu senang. Hanya pegang stereng dan tuju      ke  destinasi yang dikehendaki. Hakikatnya, cabaran serta tanggungjawabnya cukup berat    dan tidak mudah apatah lagi jika menjadi pemandu kenderaan berat seperti lori yang    mempunyai 10 hingga 100 biji tayar dengan panjangnya lebih 20 meter . Rutin pemanduan yang dilakukan pada waktu malam, di saat orang lain sedang nyenyak tidur di atas tilam empuk, perlu dilunaskan kerana sebagai pengangkut bekalan yang dipesan mesti sampai ke destinasi. Jika tidak sampai, sama ada itu melibatkan makanan, bahan binaan dan sebagainya, bakal menyusahkan pihak lain. Selain faktor tekanan kerja yang teruk, faktor keselamatan ketika berada di jalan raya juga perlu dititikberatkan kerana apabila bercakap soal kenderaan berat, risiko mereka ‘membunuh’ pengguna kenderaan ringan lain secara tidak sengaja lebih tinggi. Me