Mega Malaysia With Joe Trucker
23 Tahun Bersahabat Dengan Lori
ke destinasi yang dikehendaki.Hakikatnya, cabaran serta tanggungjawabnya cukup berat
dan tidak mudah apatah lagi jika menjadi pemandu kenderaan berat seperti lori yang
mempunyai 10 hingga 100 biji tayar dengan panjangnya lebih 20 meter.
Rutin pemanduan yang dilakukan pada waktu malam, di saat orang lain sedang nyenyak tidur di atas tilam empuk, perlu dilunaskan kerana sebagai pengangkut bekalan yang dipesan mesti sampai ke destinasi. Jika tidak sampai, sama ada itu melibatkan makanan, bahan binaan dan sebagainya, bakal menyusahkan pihak lain.
Selain faktor tekanan kerja yang teruk, faktor keselamatan ketika berada di jalan raya juga perlu dititikberatkan kerana apabila bercakap soal kenderaan berat, risiko mereka ‘membunuh’ pengguna kenderaan ringan lain secara tidak sengaja lebih tinggi.
Menjadi pemandu lori juga perlu banyak bersabar. Jika kenderaan lain boleh memecut 80 hingga 120 kilometer sejam (kmj), lori yang lazimnya membawa muatan lebih 7,000 kilogram, hanya dipandu pada kelajuan 50 hingga 70 kmj.
Itu belum lagi ketika mendaki bukit, mahu jarum meter turun kepada 20 kmj yang ada ketika kenderaan itu dilihat seolah-olah tidak bergerak, sehingga mengundang cacian dan makian pemandu kenderaan lain yang mengekorinya tambahan pula jika di laluan tidak dibenarkan memotong.
Begitulah sukarnya bergelar pemandu lori sama ada memandu lori treler, lori kontena, lori tangki mahupun lori yang membawa jentera berat seperti jentolak dan kren.
Pun begitu masih ramai yang meminati pekerjaan seperti itu dan menjadikannya sebagai punca utama rezeki demi menyara keluarga.
“Apabila saya bergelar pemandu atau lebih dikenali dengan panggilan ‘tauchu’, baharu saya tahu mengapa tidak boleh sesuka hati membenarkan kelindan memandu kerana jika tiada lesen dan pengalaman, boleh mengundang risiko kemalangan,” katanya. Kesabaran Judy akhirnya membuahkan hasil apabila sebaik sahaja layak mendapatkan lesen kelas E pada usia 21 tahun, dia terus mendapat peluang memandu lori buat pertama kali pada tanggal April 1994. “Susah hendak saya gambarkan perasaan pada waktu. Bunyi enjin lori yang kuat, genggaman erat pada stereng, dan dapat melihat orang dari tempat duduk yang tinggi serta cermin sisi yang besar, sungguh membuatkan saya rasa teruja dan senyum sampai ke telinga,” jelasnya sambil ketawa besar.
Ulasan