Tips Kerjaya 'Lowboy' Lowloader


Tips kerjaya sebagai pemandu lowloader...(Episod 1)


Setelah sekian lama saya tak mengomel didalam blog ini,ialah kadang idea dtg mencurah-curah kadang tiada langsung yg boleh dicoretkan disini.Kali ini saya ingin mengomel pasal kerjaya lowlaoder dimana hendak dimulakan.selain dari sesorang itu mempunyai dokumen yg lengkap seperti lesen dan gdl bersendi maka kiranya anda mmg sudah bergelar trucker namun trucker yg bagaimana yg ideal dengan kite sama ada bakat.inisetif dan dari segi penampilan sama ada berbadan besar atau kecil menjadi soal kedua.


Dizaman saya mula-mula menceburi kerjaya loader ini agak bernasib baik kerana 'sifu-sifu' yg ada banyak memberi kite peluang membina diri sendiri dengan bantuan tunjuk ajar darinya.Sekarang agak susah kite nak mempunyai peluang sebegini disebabkan banyak faktor antaranya gaji dan kesesuaian pemandu itu sendiri.Jadi bagaimana hendak menjadi pemandu lowloader di zaman sekarang agak sukar (lebih kepada pasaran kerja) dan kurang memandangkan faktor diatas kecuali keazaman yang tinggi serta ingin memajukan diri.kata org 'otak kena cergas'.Semua orang boleh pandu kenderaan ini walau sebesar mana dan sepanjang mana pun namun risiko agak tinggi sekiranya kemahiran dalam perkiraan sama ada perjalanan,pengikatan dan gaya pemanduan.Ada tips-tips yang boleh membantu serba sedikit bagi mengetahuinya berdasar pengalaman dilalui,mari kita lihat tipsnya...

1-Seseorang pemandu lowloader perlu mahir setiap laluan mana yang sesuai dilalui atau dalam  
   bahasa mudah 'tahu jalan',sebab itu kemahiran 'tahu jalan' perlu ada,tambah lagi sekarang
   banyak laluan-laluan yang ada tempat boleh dilalui atau tidak boleh dilalui.Malah zaman
   sekarang banyak sudah ada gps yang sedikit membantu disamping road maps dan sebagainya
   yang sedikit boleh membantu namun harus diingat jangan 100% bergantung padanya.Rakan-rakan
   kita juga boleh membantu dalam keadaan sukar.Perlu 'tahu jalan' sangat penting kita sebagai
   pemandu lowloader sambil membuat 'rancang perjalanan'ke lokasi-lokasi sukar dan sebagainya.


2-Sesorang pemandu lowloader mesti tahu barangan yang dibawa sama ada jenisnya,beratnya dan
    risiko barangan tersebut.Tips ini sangat memerlukan kepekaan yang tinggi,bagi barangan
    yang berat perlu tahu caranya bagaimana kedudukan barangan tersebut yang paling sesuai.Contoh
    yg berat dimana tempat yang sesuai atau memudahkan pengikatan dilakukan dan faktor beban  
    bagi mengurangkan bebanan tayar.Juga risiko barangan merbahaya atau tidak juga perlu
    dititikberatkan.Dengan kata lain 'pandai mengisi'istilah kebiasaan digunakan.


 3-Penting dan sangat mustahak melakukan ikatan yang selamat dan kuat sesuatu barangan di
    ikat atau dirantaikan tanpa merosakan barangan yang diikat ,adakalanya memerlukan
    'pelapik' yang boleh mengurangkan kerosakan dan menambahkan lagi ikatan pada barangan
    tersebut.Penggunaa yang sesuai peralatan mengikat juga sangat penting akan mengurangkan lagi
    risiko kerosakan berlaku malah akan lebih bertambah kuat ikatanya.


4-Perlu juga sesorang 'lowboy' dalam istilah english mengetahui kemahiran pemanduan yang
   berbukit sekiranya melalui persekitaran seperti ini,sesuaikan penggunaan gear yang sesuai dan
   memperlahankan kenderaan kerana beban yang dibawa di belakang akan sentiasa menolak,tambah
   lagi muatan yang agak berat dan sebagainya.Semua tindakan dan ketajaman serta kecekapan akan
   di pergunakan ketahap paling baik.Pastikan penyelenggaraan juga sentiasa terbaik.Sambung lagi
   episod akan datang memandangkan agak sukar juga bila menulis dari pengalaman dengan paratikal.

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The New 7 axle Lowbed by Public Crane