Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Catatan 25 Tahun Dengan Lowloader

Imej
Pemandu lori adalah penyumbang ekonomi terbesar negara yang pengiktirafan yang tidak dinamakan sebagai yang penting kerana berada dibawah golongan pekerja bawahan.Sekiranya diiktiraf sebagai golongan serdahana pun masih lagi tidak dipandang oleh sesetengah golongan dalam masyarakat malaysia.Mereka bukan golongan profesion yang diminati oleh masyarakat secara dekat.Catatan ini adalah sedikit pengalaman sepanjang bergelar pemandu dari bermulanya sehinggalah catatan ini berdasarkan pengalaman pada pandangan saya.Selama 25 tahun sebagai pemandu lori,banyak kenangan-kenangan atau peristiwa yang dapat dicatatkan,namun saya tidak ingin mencatatkan kesemuanya,cukup sekadar sebagai perkongsian untuk tatapan yang sudi melihatnya.(Lihat video DISINI Sekitar tahun 1990 aku adalah budak biasa yang tidak pasti kearah mana tujuan kehidupan sehinggalah berjumpa rakan yang mempelawa menjadi rakan peneman atau lebih tepat sebagai kelindan.Sudah berbagai kerja telah aku ceburi dari yang menca