Catatan 25 Tahun Dengan Lowloader
Pemandu lori adalah penyumbang ekonomi terbesar negara yang pengiktirafan yang tidak dinamakan sebagai yang penting kerana berada dibawah golongan pekerja bawahan.Sekiranya diiktiraf sebagai golongan serdahana pun masih lagi tidak dipandang oleh sesetengah golongan dalam masyarakat malaysia.Mereka bukan golongan profesion yang diminati oleh masyarakat secara dekat.Catatan ini adalah sedikit pengalaman sepanjang bergelar pemandu dari bermulanya sehinggalah catatan ini berdasarkan pengalaman pada pandangan saya.Selama 25 tahun sebagai pemandu lori,banyak kenangan-kenangan atau peristiwa yang dapat dicatatkan,namun saya tidak ingin mencatatkan kesemuanya,cukup sekadar sebagai perkongsian untuk tatapan yang sudi melihatnya.(Lihat video DISINI
Sekitar tahun 1990 aku adalah budak biasa yang tidak pasti kearah mana tujuan kehidupan sehinggalah berjumpa rakan yang mempelawa menjadi rakan peneman atau lebih tepat sebagai kelindan.Sudah berbagai kerja telah aku ceburi dari yang mencabar sehingga yang biasa-biasa malah pernah berada di engine room honda malaysia.Bermula disitulah kehidupan berubah dan mempelajari sesuatu yang baru yang belum pernah dirasakan dan agak sesuai dengan jiwa malah berbaloi dapat mengelilingi seluruh tanahair.
Ringkasnya dinyatakan amat berbaloi bila mana penghantaran-penghantaran dilakukan dimerata tempat dan pelusuk yang tidak pernah terjangkau baik dalam keadaan susah dan senang,baik berkeadaan sempit dan luas serta berbagai keadaan.Felda mana aku tak pernah sampai,bukit mana yang belum pernah didaki,laut mana yang belum pernah seberangi,semuanya sudah dilalui,malah pernah terjadi kemalangan yang boleh kehilangan nyawa.Dimudahkan sekarang dengan jajaran jalanraya yang semakin tidak sewaktu masa dulu,sekarang sangat selesa bila kemana saja membuat penghantaran.
Lori pengangkut jentera atau lebih mesra lowloader adalah menjadi pilihan kerana didalam memulakan kerjaya ini.Tambah lagi minat dari kecil melihat jentera pelik juga menambah minat menjadikan kenyataan.Kejayaan pertama adalah dapat menaikkan jentera sangat tidak dilupakan waktu itu dimana jentera piling yang agak tua dan bermacam-macam penyakitnya dapat dinaikkan dengan jayanya.Begitu juga dengan keadaan lori dan yang sewaktu dulu agak kurang menarik dan kurangnya faktor keselamatan juga adalah sebahagian kehidupan pemandu
Sehinggalah ke 'kapal korek' pernah diangkut untuk mengorek tasik di Tasik Perdana Kuala Lumpur.Jentera-jentera dari kecil sehinggalah sebesar-besarnya adalah mainan dan ada yang sekarang agak sukar untuk melihatnya lagi
Sikit masa dulu Mercedes 1625 amat-amat dibanggakan sekiranya dapat dipandu.Teruja dengan stereng dulangnya,bunyinya,kekutannya dan lenggokannya.Antara yang aku suka dengan jenama ini dan banyak jasanya sewaktu dulu.Bersama company tiptop waktu itu iaitu Yinson di Johor selama 6 tahun banyak mengajar perit jerihnya.Gua Musang antara destinasi wajib membawa playwood ke merata tempat dan untuk eksport ke singapura.Sebulan sekali baru nampak tangga rumah.
Jiwa muda dan tambah lagi dengan pendapatan yang agak menarik membuatkan sukar untuk dinafikan,namun pepatah berkata besarnya pendapatan maka besar jugalah kluarnya.Setahun selepas itu setelah step by step lori yang dipandu,akhirnya semasa berusia 22 tahun aku diberi peluang kendalikan Fuso V10 yang waktu itu hanya Yinson mempunyai model terbaik ini,lasak dan menariknya jentera ini dengan horsepower 440.Antara yang termuda waktu itu sehinggakan Mr Lim bertanya akan kemampuan menanganinya dan dengan jawapan sudah beberapa bulan aku telah menanganinya sehinggakan aku diberi kata semangat iaitu 'doktor pun xda gaji seperti ini'.Jentera-jentera dari kecil sehinggalah sebesar-besarnya adalah mainan dan ada yang sekarang agak sukar untuk melihatnya lagi.Sehinggalah ke 'kapal korek' juga pernah diangkut untuk mengorek tasik di Tasik Perdana Kuala Lumpur.Celah-celah banggunan di Kuala Lumpur mainan dimalam hari untuk project LRT fasa 1,project loji minyak,janakuasa dan kilang-kilang simen bermula rancak semasa itu ditambah lagi kemudian Putrajaya,Cyberjaya,Klia dan bandar-bandar baru antara kesempatan menabur budi.
Setelah 6 tahun aku di Yinson dengan berbagai kenangan pahit dan manis aku berubah haluan ke Kuala Lumpur pada tahun 1998 mencari peluang dan menjamin masa depan yang lebih baik.Kuala Lumpur tidaklah begitu asing kerana laluan-lauan biasa sebelum ini biasa dilalui,Sunway PMI adalah destinasi kali ini.Company yang mempunyai 100 lebih 'Injection Machine Piling'singkatan PMI ini juga bukanlah mempunyai jentera yang canggih,cuma sekadar Volvo FL 10 saja,Bermulalah memindah dan mengangkut ke merata tempat dan menaikkan bandar-bandar baru,universiti-universiti dan taman tema serta lebuhraya yang ada sekitar lembah kelang ini.Pernah satu ketika bila project memerlukan penghantaran 'luar biasa' dimana target sehari diperlukan dan rekod ini masih dipegang dengan membuat sehingga 6-7 trip jentera PMI ini dilakukan dengan lengkap.Pendapatan bulanan disini pun boleh telah direkodkan sebagai antara yang tertinggi pernah direkodkan.Penjenamaan semula company telah dibuat dan kali ini telah disatukan dibawah satu bumbung dengan nama Sunway Contruction yang merupakan pemaju bertaraf bintang dalam contruction.Lebih menyeluruh dari sekecil bangunan sehingga ke lebuhraya dan sebagainya.Hasilnya 11 tahun bertapak disini dengan berbagai kenangan dan pengalaman hingga diberikan award perkhidmatan pada tahun 2009.Seulas rantai emas berloketkan 'Sunway'.
Akhirnya 2010 lagi sekali bertukar tangan dan kali ini sebuah company fully crane dan mempunyai protokolnya sendiri iaitu Trans Elite yang bertempat di Berjaya Park.Permulaan agak lembap dimana hampir 6 bulan terperap di yard memandangkan project hampir tiada sehinggalah bebarapa bulan kemudian 'keletihan' akibat rancaknya pengeluaran crane dan project MRT fasa 2.Hampir setiap malam selama beberapa tahun dilakukan bagi menyeiapkan project ini disamping upgrade atau shutdown janakuasa,kilang simen dan berbagai lagi.Pernah juga merentasi laut ke Langkawi bagi penghantaran bersama rakan-rakan dengan berkampung seminggu disana,antara pengalaman termanis dan sukar dilupakan.Rekod tercipta yang dicatatkan oleh company apabila membuat mengangkut sebuah truck crane TG1600 yang brakdown di PPUM ke yard yang belum pernah dibuat sebelum ini.ketika catatan ini dibuat aku masih lagi sukses berbakti kepada company,negara dan keluarga dan semoga dihari mendatang akan terus memberi diberi kesihatan yang baik demi sebuah kerjaya yang aku sayangi ini.
Akhir catatan,pengalaman tidak dapat dijual beli,namun dapatlah dijadikan sandaran bahawa tugas pemandu amatlah tinggi dalam membangunkan ekonomi negara dan keluarga,namun sesetengah masyarakat memandang sinis akan tugas ini yang berisiko dan yang paling jijik bila melibatkan kemalangan.Tanggapan ini seharusnya dibuang sejauh-jauhnya kerana sesatu kemalangan amatlah tidak dikehendaki oleh sesiapa pun,namun terjadinya kemalangan sememangnya ada faktornya yang tidak perlu menerima kejian dan hinaan yang melampau-lampau.Sehinggakan penggelaran-penggelaran tidak sepatutnya digelarkan malah sehingga keperingkatan mencederakan satu sama lain.
Ulasan