Holiday Trip To Langkawi 2

Holiday Trip To Langkawi 2

Hari Pertama

Sambungan daripada holiday trip to Langkawi 1 sebelum ini menceritakan perjalanan dari Shah Alam ke Lafarge Plant di langkawi setelah semuanya selesai menaikan lori di atas phanton dari jam 11.00 pagi sehingga jam 3 petang.Kami bergerak dengan menaiki feri penumpang ke Jety Kuah di Langkawi.Kami di jemput sebuah van yang disewa company untuk ke hotel penginapan di Bandar Kuah untuk beberapa hari.Kami sampai di hotel penginapan yang berupa Motel yang berkelengkapan biasa dan berdekatan dengan kedai makan dan kedai-kedai bebas cukai.
       

           
 Hari Kedua


 Keesokannya kami mesti berada di Jety Rabak yang berhampiran dengan Lapangan Terbang 
 Langkawi untuk menyambut phanton yang dijangka tiba jam 9.00 pagi.Sebelum tibanya phanton    sempatlah kami bergambar sementara menunggu ketibaan phanton. Agak lama juga phanton hendak  menghampiri jety ini seperti mana diceritakan oleh 'tekong' mengambil masa hampir 12 jam 
 sekiranya keadaan cuaca dan laut bergelora serta ada tembok pemisah laut beberapa kilometer dari  Jety tersebut.Mereka terpaksa melalui dengan berhati-hati sebelum sampai ke jety.  


                                      



Setelah itu bermulalah penurunan lori daripada phanton yang dilakukan sekali lagi sangat berhati-hati
memandangkan apabila keluarnya lori dan kren ini phanton tersebut semakin tinggi dan akan mengambil masa untuk menunggu air surut kembali.Menggunakan beberapa steel plate untuk dijadikan laluan antara phanton dan jety,kerja-kerja dilakukan dengan baik sekali dengan masing-masing memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang mengambil masa lebih kurang 4 jam ini.Kren LTM 1400 dikeluarkan dulu sebelum lori dikeluarkan satu persatu,namun lori terakhir amat yang tersangkut oleh kerana phanton semakin naik dari jety.Terpaksa turunkan dulu conterweight di atas phanton supaya lori tersebut ringan dan melepasi steel plate tadi dan barulah diangkat balik counterweight tersebut,jadi kesukaran ini berjaya diatasi dengan jayanya sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi iaitu kilang Lafarge Simen.
                                                                                           



Inilah kali pertama rombongam kami menjejaki dan melalui jalan-jalan dari Rabak Bay ke LafargePlant dengan melihat suasana yang indah dan teruja apabila menjadi tumpuan penduduk dengan melalui jalan-jalan kampung yang boleh dikira lebar jalannya dan teruja berkonvoi menuju ke kilang untuk melakukan kerja-kerja.Sampai di kilang yang berhampiran laut.Biasalah jalan hendak ke bay loading agak sempit dan semestinya memerlukan pengawasan dan pemakian PPE yang lengkap.Akhirnya setelah beberapa jam di dalam kilang melakukan penurunan kami meletakkan lori disudut parking yang dikhaskan untuk kami sebelum pulang dan kembali beberapa hari lagi..Enjoy Time




Hari Ke Tiga

Setelah selesai sarapan seawal jam 8.30 pagi 'sambil menyelam minum air' dengan memulakan destinasi ke beberapa tempat menarik menaiki sebuah kancil dan sehari pusing Langkawi.

                                     

           
Hari ke Empat

Sambungan lagi pusing-pusing Langkawi untuk hari ke 4 dengan berkunjung tempat-tempat menarik 
sempatlah gambar-gambar diambil secara rawak.

                                                                                        

Hari ke Lima dan ke Enam

Kami diberitahu untuk stanby kerana berkemungkinan kerja-kerja telah siap dilakukan dan tiba masa untuk mengambil kembali barangan kren.Sebelum itu sempat jugalah kami shoping sedikit barangan untuk dibawa pulang ke tanah besar sebagai kenangan percutian sambil berkerja kami dibeberapa tempat.Setelah itu tepat jam 2 petang kami kembali ke kilang untuk membuat pengisian.Kami keluar dari kilang lebih kurang jam 5 petang untuk kembali ke Jety Rabak Bay dimana phanton sedang menunggu untuk dinaikan.Sekali lagi kaedah yang sama digunakan seperti hari pertama.Persiapan dilakukan sehingga jam 11 malam dan sesudah itu kembali ke hotel penginapan jam 2 pagi dengan masing-masing keletihan.Esok feri kami yang paling awal bergerak dari Jety Kuah ke Jety Kuala Kedah menunggu kembali phanton yang sampai jam 3 petang.Kami bergerak dari Jety Kuala Kedah sekitar jam 6 petang menuju ke Shah Alam.Sampai jumpa lagi sekiranya ada peluang bersama rakan-rakan lain dengan menaiki phanton ke Langkawi.Demikianlah perjalanan yang tidak akan dilupakan ke Langkawi sambil bekerja. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Kerjaya 'Lowboy' Lowloader

The New 7 axle Lowbed by Public Crane