Trip Zoomlion ZR 280

 



Apabila bercerita sebagai pemandu lowlaoder,anda haruslah bersedia menggunakan kemahiran apabila melakukan perkara ini.Zaman ini amat jarang dilakukan dengan cara sebegini kerana kebanyakan trailer sudah canggih dan boleh dilakukan dengan membuka gosneck sekiranya ianya boleh dibuka.

Sekiranya ia dilakukan dengan membuka gosneck,tiadalah sangat sukar tetapi keadaan site yang juga mainkan peranan sekiranya lembik dan sebagainya.Cara lama ini juga bukanlah sukar sekiranya diperbandingkan,boleh diandaikan amat senang juga,bergantung kepada kemahiran memberi isyarat oleh lowboy.
Bagi saya cara ini sangat cepat dan sedikit memberi cabaran serta sesuai apabila trailer tidak boleh membuka gosneck.Cara yang diamalkan sejak sebelum ada lagi jack dibawak gosneck dan agak tradisional kalau dibahasakannya.











Menggunakan kayu atau ada yang menggunakan rim lori untuk membuat tangga supaya senang dinaiki oleh mesen antara keperluan,tambah lagi kayu-kayu ini perlu keras atau kuat.Setelah mesen berada di atas perut loader,kayu-kayu lain diperlukan bagi melapik trailer supaya trailer tidak bergoyang peranan ini yang amat diperlukan untuk memberi isyarat kepada operator mesen,harus diingat kedudukan mesen perlu kurang sedikit dari sampan di axle belakang dan ini juga bergantung kepada jenis mesen yang dinaikkan.Dari sini isyarat dimainkan dengan berhati-hati supaya ianya dilakukan dengan cermat.


Setelah pengisian,penghantaran terus ke Station Bank Negara Malaysia melalui Jalan Duta ke Jalan Parlimen dan seterusnya melalui Jalan Kementerian Pertanian untuk ketapak project.Ketinggian hampir 5.1 Meter semasa melalui jambatan diantara Masjid Wilayah dan Istana Negara,biarpun ketinggian jambatan tertulis 5.0 Meter.








Satu lagi masalah adalah ditapak project yang sempit,tambah lagi dengan leader yang panjang dan memerlukan pergerakan yang agak terbatas semasa menurunkan mesen tersebut.Namun ianya berjaya diatasi dengan baik dan selamat memasuki tapak project.Anda boleh melihat VIDEO DISINI 


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Kerjaya 'Lowboy' Lowloader

The New 7 axle Lowbed by Public Crane