Catatan

Zoomlion ZR360

Imej
Mulanya operator agak keberatan untuk naik tepi masa loading ZR280,katanya dia tidak pernah lakukan sebelum ini,hanya dengan potong gosneck yang selalu dipratikkan.Disebabkan truck potong gosneck yang masih dibaiki,maka tiada pilihan kecuali Admin akan naikkan,tapi masalahnya tiada siapa yang boleh signal dari bawah.Akhirnya operator akur dan naik dari tepi dan setelah selesai semuanya,operator beri isyarat tangan 'good' dan mengatakan lain kali boleh buat lagi. Memang benar dengan adanya yang boleh potong gosneck ini agak senang untuk tetapi keadaan site dan persekitaran juga memaikan peranan kerana adakalanya site tersebut tanahnya lembik apabila potong dan jack kembali,jack tersebut boleh tenggelam dan sekiranya ini berlaku,mesin tersebut terpaksa diturunkan kembali dan ini yang agak leceh. Naik dari tepi juga pun ada kelemahannya iaitu kayu yang diperlukan membuat pelapik dan tangga juga perlu kuat dan mahir memberi signal kepada operator juga perlu bera

Trip Zoomlion ZR 280

Imej
     Apabila bercerita sebagai pemandu lowlaoder,anda haruslah bersedia menggunakan kemahiran apabila melakukan perkara ini.Zaman ini amat jarang dilakukan dengan cara sebegini kerana kebanyakan trailer sudah canggih dan boleh dilakukan dengan membuka gosneck sekiranya ianya boleh dibuka. Sekiranya ia dilakukan dengan membuka gosneck,tiadalah sangat sukar tetapi keadaan site yang juga mainkan peranan sekiranya lembik dan sebagainya.Cara lama ini juga bukanlah sukar sekiranya diperbandingkan,boleh diandaikan amat senang juga,bergantung kepada kemahiran memberi isyarat oleh lowboy. Bagi saya cara ini sangat cepat dan sedikit memberi cabaran serta sesuai apabila trailer tidak boleh membuka gosneck.Cara yang diamalkan sejak sebelum ada lagi jack dibawak gosneck dan agak tradisional kalau dibahasakannya. Menggunakan kayu atau ada yang menggunakan rim lori untuk membuat tangga supaya senang dinaiki oleh mesen antara keperluan,tambah lagi kayu-kayu ini p

Jejantas Terberat Kuala Lumpur

Imej
Ini cerita setahun yang lepas,kami Trans Elite Team telah bersama dengan WCT mengangkat jejantas besi seberat 300 tan yang merentasi jalan di Jalan Bukit Bintang.Kerja-kerja lifting dilakukan dari 11 malam berakhir 1 tengah hari. Kerja dilakukan dengan begitu berhati-hati dan memenuhi aspek keselamatan yang titikberatkan oleh pihak consultan dan Trans Elite sendiri. Jejantas sepanjang 70 meter diangkat menggunakan dua biji crane 400 tan dan dua biji crane 500 tan.Rakaman yang dibuat menggunakan drone yang sangat menarik. Anda boleh lihat video ini ➤➤   DISINI ....

Scania R580 Multi Drop Deck Treler

Imej
Beginilah sumbangan pemandu-pemandu truck di Malaysia yang jarang kita lihat dan ambil peduli,mereka amatlah sangat profesional dalam mengendalikan barangan-barang yang dianggap penting dalam pembangunan negara dan juga kepada masyarakat.Mengundurkan trailer bukan perkara yang boleh dimain-main,tambah lagi dalam jarak yang agak panjang untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan disamping juga mempunyai pendapatan menyara kehidupan mereka. Kali ini tren terakhir yang diambil dari Ipoh akan dilabuhkan di Ampang setelah berpuluh telah diangkut ke stesen ini untuk mengantikan tren yang lama telah berkhidmat kepada orang ramai.Sama-sama menonton video yang dirakan pada 12/4/17 ini.Klip DISINI 

Catatan 25 Tahun Dengan Lowloader

Imej
Pemandu lori adalah penyumbang ekonomi terbesar negara yang pengiktirafan yang tidak dinamakan sebagai yang penting kerana berada dibawah golongan pekerja bawahan.Sekiranya diiktiraf sebagai golongan serdahana pun masih lagi tidak dipandang oleh sesetengah golongan dalam masyarakat malaysia.Mereka bukan golongan profesion yang diminati oleh masyarakat secara dekat.Catatan ini adalah sedikit pengalaman sepanjang bergelar pemandu dari bermulanya sehinggalah catatan ini berdasarkan pengalaman pada pandangan saya.Selama 25 tahun sebagai pemandu lori,banyak kenangan-kenangan atau peristiwa yang dapat dicatatkan,namun saya tidak ingin mencatatkan kesemuanya,cukup sekadar sebagai perkongsian untuk tatapan yang sudi melihatnya.(Lihat video DISINI Sekitar tahun 1990 aku adalah budak biasa yang tidak pasti kearah mana tujuan kehidupan sehinggalah berjumpa rakan yang mempelawa menjadi rakan peneman atau lebih tepat sebagai kelindan.Sudah berbagai kerja telah aku ceburi dari yang menca

Holiday Trip To Langkawi 2

Imej
Holiday Trip To Langkawi 2 Hari Pertama Sambungan daripada holiday trip to Langkawi 1 sebelum ini menceritakan perjalanan dari Shah Alam ke Lafarge Plant di langkawi setelah semuanya selesai menaikan lori di atas phanton dari jam 11.00 pagi sehingga jam 3 petang.Kami bergerak dengan menaiki feri penumpang ke Jety Kuah di Langkawi. Kami di jemput sebuah van yang disewa company untuk ke hotel penginapan di Bandar Kuah untuk beberapa hari.Kami sampai di hotel penginapan yang berupa Motel yang berkelengkapan biasa dan berdekatan dengan kedai makan dan kedai-kedai bebas cukai.                       Hari Kedua  Keesokannya kami mesti berada di Jety Rabak yang berhampiran dengan Lapangan Terbang   Langkawi untuk menyambut phanton yang dijangka tiba jam 9.00 pagi.Sebelum tibanya  phanton    sempatlah kami bergambar sementara menunggu ketibaan phanton.   Agak lama juga phanton hendak  menghampiri jety ini seperti mana diceritakan oleh 'tekong'  mengambil masa

Tips Kerjaya 'Lowboy' Lowloader

Imej
Tips kerjaya sebagai pemandu lowloader...(Episod 1) Setelah sekian lama saya tak mengomel didalam blog ini,ialah kadang idea dtg mencurah-curah kadang tiada langsung yg boleh dicoretkan disini.Kali ini saya ingin mengomel pasal kerjaya lowlaoder dimana hendak dimulakan.selain dari sesorang itu mempunyai dokumen yg lengkap seperti lesen dan gdl bersendi maka kiranya anda mmg sudah bergelar trucker namun trucker yg bagaimana yg ideal dengan kite sama ada bakat.inisetif dan dari segi penampilan sama ada berbadan besar atau kecil menjadi soal kedua. Dizaman saya mula-mula menceburi kerjaya loader ini agak bernasib baik kerana 'sifu-sifu' yg ada banyak memberi kite peluang membina diri sendiri dengan bantuan tunjuk ajar darinya.Sekarang agak susah kite nak mempunyai peluang sebegini disebabkan banyak faktor antaranya gaji dan kesesuaian pemandu itu sendiri.Jadi bagaimana hendak menjadi pemandu lowloader di zaman sekarang agak sukar (lebih kepada pasaran kerja) dan kura